BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 14, 2010

SEJARAH SMKA MAAHAD MUAR

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar terletak di No 97 , Jalan Junid , Muar kira-kira 2 km dari Bandar Muar ( maharani ) . Sejarah awal penubuhan sekolah inni bermula pada tahun 1942 atas persetujuan keluarga Allahyarham Haji Mohd Khatib Bin Haji Shahid mewafatkan wang sebanyak RM 10 000 untuk membina sebuah sekolah Arab . Pada tahun 1950 , sebuah jawatankuasa bernama ' LUJNAH ' telah ditubuhkan untuk membina sekolah ini dan dikenali sebagai ' AL-MAAHAD AD-DINI AL0ARABI MUAR ' .

Setelah beroperasi selama 3 tahun di bawah ' LUJNAH ' Muar , ianya mula menghadapi pelbagai masalah terutama masalah kewangan . Pada 1 Januari 1996 , ' LUJNAH ' tersebut bersetuju menyerahkan sekolah ini kepada Jabatan Agama dengan nama ' MAAHAD MUAR ' . Pada tahun 1972 , Jabatan Agama telah membina sebuah bangunan tambahan bagi Maahad ini . Tuntutan dan desakan semasa , akhirnya atas persetujuan semua pihak , sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan diletakkan di bawah perhatian khas BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM . Kemudian sekolah ini bertukar nama menjadi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MAAHAD MUAR ( SMKA MAAHAD MUAR ) . Dengan itu , bertukarlah kurikulum sekolah dimana mata pelajaran akademik sepenuhnya diperkenalkan .

Pada dasarnya , sekolah ini adalah sama dengan sekolah menengah kebangsaan lain yang wujud di negeri ini . Walaupun begitu , sekolah ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu memberi peluang kepada pelaja-pelajarnya mengambil mata pelajaran BAHAS ARAB KOMUNIKASI dan BAHASA ARAB TINGGI . Kedua-dua mata pelajaran ini wajib lulus dalam peperiksaan awam . Keistimewaan lain dan menjadi matlamat sekolah ini ialah corak pendidikan adalah mengikut falsafah yang berorientasikan pendidikan Islam .

Di peringkat awal pengambilannya oleh Kementerian Pendidikan , sekolah ini sukar mendapat kepercayaan masyarakat . Pada tahun pertama , hanya 12 orang sahaja yang mendaftar diri masuk ke tingkatan 1 . Ini adalah kerana masyarakat masih tidak lagi memahami matlamat sekolah ini dan nilai ekonomi yang diberikan kepada mereka yang keluar daripada sekolah ini . Sekolah iini juga sukar diterima umu kerana fizikalnya yang uzur , usang serta tidak mempunyai infrstruktur yang diperlukan bagi sesebuah sekolah menengah . Keadaan ini telah berubah apabila pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendirikan dua blok bangunan lama yang dibina oleh masyarakat tempatan pada tahun 1963 . Pada tahun 1992 , sekolah ini telah mendapat satu bangunan makmal , satu dewan makan aspura dan satu bangunan aspuri tiga tingkat .

Mulai 1986 sekolah ini memperkenalkan kursus pengajian Al-Quran & tahfiz . Pada tahun 1987 , tingkatan 6 pula diwujudkan . Selepas itu barulah sekolah ini mendapat kepercayaan orang ramai sehinggalah sekarang ini . Di bawah bimbingan 5 orang guru terlatih . Matlamat kursus ini diadakan ialah untuk melahirkan generasi yang mahir membaca dan menghafal Al-Quran . Setela sekian lama , akhirnya sekolah ini mendapat kepercayaan masyarakat setempat dan seterusnya menjadi sekolah yang terbilang di daerah mahupun negeri malahan juga menjadi antara SMKA yang cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum .

Kini , sekolah ini memperoleh pencapaian cemerlang dari sudut kurikulum dan kokurikulum . Saban tahun , keputusan PMR dan SPM menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan . Oleh itu , sekolah ini merupakan sekolah terbaik di daerah Muar dan di negeri Johor serta antara 5 SMKA terbaik peringkat kebangsaan . Selain itu , sekolah ini juga boleh berbangga dengan kejayaan yang diperolehi di peringkat daerah , negeri dan kebangsaan . Bilangan pelajar juga bertambah dari tahunke tahun . Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar beragama Islam dalam dan luar negeri Johor dan sebanyak 70% pelajarnya menginap di asrama . Sekolah ini mempunyai potensi yang baik sejak ia ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak berbelas tahun lamanya . Sekolah ini juga telah melahirkan ramai tokoh agama yang berwibawa , ahli saintis yang cemerlang , pemimpin yang gemilang dan ummah Islam yang terbilang .